Skip to main content
IlmuBlogger.Com

follow us

Telemovie Tayang Isu LGBT Rosak Imej Tahfiz Kata Mufti

Betul Ke Drama Demi Tuhan Aku Bersaksi Sebenarnya Menceritakan Hal Sebenar Dalam Tahfiz Dan Memburukkan Pusat Tahfiz Itu Sendiri?





Hangat diperkatakan dalam media sosial tentang isu lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) ini. Bukan sahaja di alam maya bahkan dalam kehidupan realiti sebenar juga ramai yang memperkatakan isu tersebut.

Isu ini telah mula membuak dan meletup apabila Prokuya Studios berkongsikan poster khas telefilem ini di Instagram. Ditambah lagi dengan kisah pelakon Syafie Naswip yang baru putus tunang, bertambah ‘sedap’ netizen untuk bercakap tentang isu ini.

Terbaharu, Telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi yang menampilkan isu lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di pusat tahfiz pula menjadi perdebatan umum. Ramai yang mempertikaikan tentang kewajaran telemovie itu dipertontonkan.

Dr Abdul Rahman Osman yang juga menjawat jawatan sebagai Mufti Pahang menyatakan bahawa telemovie seperti itu hanyalah merosakkan imej institusi itu, sekolah agama dan institusi Islam.

Memetik daripada laporan Sinar Harian, mufti Pahang berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam sebelum menyiarkan drama itu.

"Telemovie itu hanya merosakkan imej maahad tahfiz, sekolah agama dan institusi Islam. Sedangkan kita ketahui kes-kes yang dilaporkan berlaku di tahfiz adalah kes terpencil."

"Tahfiz adalah tempat anak-anak belajar menghafal al-Quran."

"Kitab suci ini tidak boleh dihafal melainkan orang yang bersih hatinya. Bagaimana boleh mengatakan budak-budak tahfiz yang menghafal al-Quran melakukan LGBT?" katanya.

Menurut laporan Sinar Harian juga, yang mana laporan itu memetik kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Kesihatan Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad mempertikaikan drama itu yang menyorot institusi tahfiz.

"Apabila pusat-pusat pengajian ini dipandang serong, sedikit sebanyak ia akan terpaut kepada aktiviti serta pengisiannya sekali iaitu al-Quran."

"Kenapa mesti drama ini terfokus kepada tahfiz? Kenapa dengan sekadar sedikit maklumat pengetahuan kita tentang hal ini sudah mendorong untuk jadikannya tema untuk filem, padahal banyak lagi hal yang lebih wajar diberi fokus," kata Syed Ibrahim.

Selepas kecoh tentang isu tersebut, RTM tampil memberikan penjelasan dan mempertahankan drama berkenaan awal hari ini.

Menurut Pegawai Perhubungan Media RTM Nurhaninah Ayub, isi kandungan drama Demi Tuhan Aku Bersaksi tidak berniat memaparkan sisi negatif pusat tahfiz, sebaliknya sarat mesej berguna yang boleh dijadikan pengajaran oleh masyarakat.

"Drama ini sarat dengan mesej yang bagus dan memberitahu kepada masyarakat isu realiti memang berlaku dalam masyarakat kita."

"Sebenarnya ia terpulang kepada individu yang akan menonton drama ini. Kalau mereka memandang mesej yang disampaikan secara positif, maka ia menjadi pengajaran."

"Andai kata sebaliknya berlaku, rugilah mereka kerana mesej yang berguna dianggap negatif," katanya.

Drama tersebut mengisahkan tentang seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan kembali bertaubat serta mendalami ilmu agama.

Dalam drama tersebut watak maknyah yang dilakonkan oleh Syafie Naswip membuat keputusan masuk ke pusat tahfiz. Namun, ketika di pusat tahfiz, dia dihina dan dikeji sebagai pengikut Kaum Luth.

Selain mendapat mendapat kecaman daripada warganet, drama ini turut dikritik pemimpin PAS Riduan Mohd Nor yang menyifatkan drama tersebut sebagai drama sampah yang didakwanya seperti mengangkat isu "persemburitan yang berlaku di institusi tahfiz".

You Might Also Like:

SILAKAN LIKE: Anda disarankan tekan button LIKE dan FOLLOW page kami agar anda menjadi orang terawal mengetahui info-info terkini dan menarik secara percuma. Anda juga boleh menjadi ahli komuniti kami dengan menyertai GROUP TELEGRAM kami DI SINI
Lihat Komentar