Skip to main content
IlmuBlogger.Com

follow us

Syarikat Larang Pekerja Islam Sembahyang Dan Di RM500 Dengan Serta Merta Jika Melakukan Solat?

Syarikat Larang Pekerja Islam Sembahyang Dan Di RM500 Dengan Serta Merta Jika Melakukan Solat?



Satu memo telah menjadi viral dan tular di media sosial tentang kenyataan satu syarikat melarang pekerja yang beragama islam untuk solat.

Hasil tinjauan IlmuBlogger pada pandangan umum berkaitan isu itu, ramai netizen menyatakan komen mereka seperti di bawah ini:


Pun begitu timbul penjelasan yang berbeza berkenaan dakwaan memo tersebut. Kenyataan yang bertentangan oleh sebuah syarikat di Klang yang melarang kakitangan beragama Islam daripada sembahyang ketika waktu kerja itu pula menjadi sorotan.

Memetik laporan dari media tempatan iaitu New Straits Times, mereka memetik kenyataan pengurus operasi Hond Tat Industries Sdn Bhd (Hond Tat) yang menyangkal memo itu yang telah menjadi tular di media sosial dan mendakwanya ianya adalah sebagai palsu.

Pengurus operasi Hond Tat Industries Sdn Bhd (Hond Tat) yang tidak dinamakan itu juga turut mengatakan bahawa memo tersebut mungkin adalah tindakan sabotaj oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam satu laporan media tempatan yang lainnya pula iaitu Utusan Online, laporan mereka mengatakan bahawa mereka telah memetik kenyataan seorang kakitangan syarikat tersebut yang juga tidak dinamakan dan mengesahkan bahawa larangan tersebut adalah benar.

Untuk rekod kami di IlmuBlogger cuba menghubungi pihak syarikat Hond Tat untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu tetapi tidak berjaya dan tidak dapat mengesahkan kerana diberitahu semua pihak yang bertanggung jawab menjawab soalan tersebut sedang sibuk dalam mesyuarat.

Satu lagi laporan media tempatan iaitu New Straits Times, dalam artikel mereka menyatakan bahawa pengurus operasi syarikat (Hond Tat ) itu telah menyatakan bahawa akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya perlu dan akan merancang untuk membuat laporan polis berkenaan isu itu.

"Ini tindakan sabotaj. Tiada tandatangan pada memo itu dan tiada kelulusan daripada pengurusan tertinggi. Sesiapa sahaja boleh ambil kepala surat dan mencetaknya."

"Tiada pekerja Muslim yang dilarang bersembahyang ketika waktu bekerja," katanya lagi seperti dipetik.

Memetik laporan Utusan Online pula, pekerja syarikat itu sendiri telah mendakwa pihak pengurusan telah menarik balik memo tersebut selepas menerima kecaman di internet.

"Memo berkenaan memang sah tetapi ia sudah diselesaikan, hal ini terjadi kerana wujud salah faham berikutan pengurus syarikat bukan beragama Islam tidak memahami waktu solat umat Islam."

"Wakil pekerja beragama Islam sudah berjumpa dengan pihak pengurusan syarikat dan perkara ini dianggap selesai," katanya seperti dipetik.

Jika diteliti pada gambar yang didakwa sebagai memo itu, ianya telah dikeluarkan pada 30 Julai (semalam).

"Pihak pengurusan ingin memaklumkan kepada semua pekerja bahawa tidak dibenarkan pergi solat ketika waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengah hari sahaja."

"Dengan serta-merta jika didapati melanggar arahan, akan dikenakan denda sebanyak RM500 untuk setiap kali kesalahan."

Dalam pada itu, Kementerian Sumber Manusia menggesa dan menasihati orang ramai agar menunggu berita yang tepat berkenaan memo tersebut dan tidak menyebarkan maklumat salah di media sosial.

Kementerian Sumber Manusia memberitahu juga bahawa laporan berkenaan larangan seumpama itu biasanya akan disiasat oleh Jabatan Buruh.

Dan dimaklumkan bahawa Kementerian itu juga dijangka mengeluarkan kenyataan selepas mengesahkan kesahihan memo tersebut.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan jawapannya. Anda boleh beri pandangan diruang komen anda dibawah ini jika ada yang perlu anda nyatakan.

SUMBER KOMEN:

Laporan media tempatan berkaitan isu ini:

You Might Also Like:

SILAKAN LIKE: Anda disarankan tekan button LIKE dan FOLLOW page kami agar anda menjadi orang terawal mengetahui info-info terkini dan menarik secara percuma. Anda juga boleh menjadi ahli komuniti kami dengan menyertai GROUP TELEGRAM kami DI SINI
Lihat Komentar