Skip to main content
IlmuBlogger.Com

follow us

Netizen Kecam Dan 'Sekolahkan' Artis Kongsi Aksi Makan Katak

Gambit ni tak tahu ke, Haramlah makan katak! Itulah salah satu komen negatif yang dilemparkan pada pelakon paskal itu iaitu Gambit Saifullah.


Di bawah ini beberapa komen pedas dari netizen dan ramai yang sekolahkan beliau di media sosial kerana melakukan tindakan seperti itu.

Sepertinya telah menjadi trend sekarang ini, untuk menarik perhatian netizen dalam laman media sosial senang saja iaitu membuat kontroversi atau buatlah apa-apa yang pelik yang tidak pernah atau jarang dibuat manusia biasa.

Seperti isu ini, seorang selebriti tempatan iaitu Gambit Saifullah yang juga merupakan salah seorang pelakon filem Paskal, memuat naik gambar dia memakan katak bakar, maka ramaikah yang dilihat tidak senang dengan tindakannya itu.


Gambit memberitahu dalam kapsyen posting beliau itu mengatakan bahawa rasa daging katak itu lebih kurang sama rasanya dengan daging ayam ataupun ikan. Dan ramai netizen menyatakan rasa loya dan geli mereka.

Difahamkan pelakon itu, iaitu Gambit Saifullah berada dalam hutan untuk program kem Survivor.

Sesetengah nerizen menganggap mungkin Gambit tidak jelas dengan hukum memakan katak, netizen rata-ratanya menegur hukumnya jatuh haram kerana ia adalah binatang dua alam.

Namun selepas dikecam netizen, Gambit bertindak memuat naik satu lagi entri dan dilihat seolah-olah memerli segelintir pihak yang menegurnya. Boleh pula beliau perli-perli netizen yang sememangnya tak akan habis jika isu ini didebatkan di media sosial.


"Di dalam hutan, kem menyelamatkan diri – pelatih dalam latihan. Berhenti menilai dan jadilah Muslim yang lebih baik," tulis Gambit mengiringi gambar tersebut.

Apa pula komen anda?


SUMBER:


You Might Also Like:

SILAKAN LIKE: Anda disarankan tekan button LIKE dan FOLLOW page kami agar anda menjadi orang terawal mengetahui info-info terkini dan menarik secara percuma. Anda juga boleh menjadi ahli komuniti kami dengan menyertai GROUP TELEGRAM kami DI SINI
Lihat Komentar