Skip to main content
IlmuBlogger.Com

follow us

Lepas Norman KRU, Rodi Kristal Pula Sertai Bersatu Jadi Ahli Seumur Hidup


Kalau sebelum ini ramai yang merasakan bahawa politik sudah tidak relevan lagi.

Namun berbeza bagi gitaris kumpulan Kristal ini, Mohd Rodi Baharudin atau lebih dikenali dengan nama pentas belia Rodi Kristal akhirnya telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai ahli seumur hidup.

Khidir Jamil yang juga Ketua Pemuda Bersatu Bahagian Bangi telah memberikan kenyataan itu pada satu media tempatan.

"Bersatu Bahagian Bangi hari ini (semalam) secara rasminya telah menerima borang keahlian daripada gitaris anggota kumpulan muzik rock popular tanahair iaitu Mohd Rodi Baharudin atau lebih dikenali sebagai Rodi Kristal."

"Sebagai menunjukkan tanda keterbukaan semua pimpinan sayap Pemuda Bersatu menyambut baik serta mengalukan lebih ramai lagi penyertaan anak muda di dalam parti Bersatu ini terutama golongan remaja dan belia" katanya.

Serah Borang Keahlian

Dipercayai Rodi Kristal telah menyerahkan borang keahliannya dalam program pertemuan dan bicara santai anak muda bersama kepimpinan Bersatu Bahagian Bangi.

Kalau sebelum ini pelakon Ridzuan Hashim yang terkenal dengan watak King’ dalam filem KL Gangster menyerahkan borang keahlian sebagai ahli Bersatu pada Majlis Sambutan Aidilfitri Bersatu Bahagian Shah Alam.

Ia disusuli dengan selebriti popular, Norman Abdul Halim atau Norman KRU awal Julai lalu.
Penyertaan itu dibuat selepas Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad mempelawa ahli-ahli parti politik Melayu menyertai parti berkenaan bagi menguatkan kuasa politik orang Melayu.

Nampaknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi tempat dan pilihan artis-artis melayu sekarang ini. Dan macam ada bahang ura-ura pilihanraya ke tu?

You Might Also Like:

SILAKAN LIKE: Anda disarankan tekan button LIKE dan FOLLOW page kami agar anda menjadi orang terawal mengetahui info-info terkini dan menarik secara percuma. Anda juga boleh menjadi ahli komuniti kami dengan menyertai GROUP TELEGRAM kami DI SINI
Lihat Komentar