Skip to main content
IlmuBlogger.Com

follow us

Lepas Kontroversi Gambar 'Bebird' Faizal Tahir Disebarkan Kini Beliau Kantoi Bercinta Dengan Sissy Iman Pula?

Lepas Kontroversi Gambar Lucah Faizal Tahir Tersebar Kini Beliau Didakwa Bercinta Dengan Sissy Iman Pula?


Kalau minggu lepas kecoh satu Malaysia tentang beberapa gosip panas. Begitu juga dengan Gosip gambar bogel Faizai Tahir yang tersebar meluas bukan sahaja di twitter malahan di group-group whatsapp dan group-group dewasa facebook menjadi topic hangat perbualan para warga maya. (Netizen)

Umum ketahui sikap 'membawang' bagi pengguna laman sosial di Malaysia ini tidak dapat dipisahkan sama juga dengan artis dan gosip berpisah tiada. Ada juga menggelar artis dan gosip ini ibarat isi dan kuku.

Walau isu sedemikain telah banyak, tapi kontroversi murahan ataupun gosip liar yang akan hanya memberikan impak negatif kepada yang terlibat dan sememangnya langsung tidak membawa kebaikan kepada mana-mana selebriti ataupun artis itu sendiri.

Tapi dengan adanya medium media sosial sekarang ini, jadi makin senanglah gosip/kontroversi ini dengan senang diperolehi kerana warga maya saling berkongsi cerita tersebut dan menjadikannya sebagai aktiviti harian.

Terbaru, Faizal tahir kini dihimpit pula dengan gosip yang baru walaupun isu kontroversi gambar 'bebird' Faizal Tahir masih hangat diperkatakan dan masih tersebar di media sosial. Beliau yang juga seorang penyanyi, komposer dan penerbit terkenal itu didakwa sedang bermain cinta dengan penyanyi yang semakin meningkat naik dengan lagu 'Pesanan Ayahanda', Sissy Imann.

"Bercinta dengan Sissy Imann? Saya tak tahu mana datangnya cerita sebegini. Sebenarnya, lawak atau prank? Sejujurnya, saya terkejut dan merasakan perkara ini tidak masuk akal... Tak mungkin". Begitulah reaksi Faizal Tahir mengenai gosip tersebut.

Merujuk kepada laporan media tempatan di sini hari ini iaitu dari Artikel Mstar, Faizal berkata hubungan yang terjalin antara dirinya dengan Sissy seperti hubungan bapa dan anak.

"Dia artis di bawah naungan syarikat rakaman saya dan saya menganggap Sissy seperti anak. Saya memanggilnya dengan panggilan anakanda dan dia memanggil saya dengan nama bapak," kata Faizal lagi.

Sumber foto: Instagram Sissy Imann

Gosip tersebut turut mendakwa Faizal sering menghabiskan masa dengan Sissy di studio rakaman. Faizal bagaimanapun menepis dakwaan tersebut. "Saya sendiri tak tahu macam mana cerita ini boleh timbul. Mengapa tak ada pula yang kaitkan saya dengan artis-artis di bawah naungan saya yang lain seperti Hanie Soraya, Hannah Delisha atau Elizabeth Tan?"

Penyanyi lagu Ragaman itu juga menyatakan bahawa beliau lebih selesa dan meluangkan masa di studio dengan artis lelaki seperti Amir Masdi dan Aziz Harun. "Usia saya pun bakal mencecah 41 tahun... Saya sendiri tak tahu mana datangnya cerita sebegini. Semuanya sudah saya anggap seperti anak sendiri," kata Faizal lagi.

Kredit foto: Instagram Sissy Imann - Faizal Tahir bersama anak-anak didiknya

Difahamkan bahawa Faizal Tahir juga baru sahaja melancarkan album terakhirnya yang berjudul Rojak. Untuk makluman bahawa Album Rojak menampilkan sembilan lagu termasuklah Ragaman, Bisa Aja, Ratu, Kamu dan banyak lagi.

Seolah-olah artis perlu mengawal aktiviti perkongsian mereka di laman sosial untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang bakal timbul dikhuatiri menjejaskan nama baik mereka. Apapun selamat maju jaya Faizal Tahir dan juga Sissy Imann! Kami di IlmuBlogger doakan yang baik-baik sahaja. Bagaimana pula komen anda?

You Might Also Like:

Newest PostNewest Post
SILAKAN LIKE: Anda disarankan tekan button LIKE dan FOLLOW page kami agar anda menjadi orang terawal mengetahui info-info terkini dan menarik secara percuma. Anda juga boleh menjadi ahli komuniti kami dengan menyertai GROUP TELEGRAM kami DI SINI
Lihat Komentar