Skip to main content
IlmuBlogger.Com

follow us

Lagi Artis Ditahan Akibat Dadah, Kini Penyanyi Rock Pula

Belum pun reda isu Sofi Jikan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana kesalahan dadah, terbaharu penyanyi rock era 90 an ditahan pula.


Belum pun habis kisah tentang selebriti pelakon Sofi Jikan yang terpalit dengan dadah dan dijatuhkan hukuman penjara beberapa hari lalu, kini beredar satu dakwaan seorang penyanyi pula ditahan juga kerana dadah.

Memang isu dadah ini tidak pandai habis melekat dan tidak kita siapa samada orang biasa mahupun figura selebriti. Terbaharu seorang penyanyi kumpulan rock era 90-an telah ditahan selepas polis menemukan satu peket plastik lut sinar yang dipercayai mengandungi dadah methamphetamine seberat 0.6 gram di sebuah kabin di Taman Tenaga, Cheras, semalam.

Penyanyi itu yang berusia dalam lingkungan 43 tahun ditahan kira-kira pukul 9.30 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Memetik dari laporan Media tempatan, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek ditahan bersama dadah yang dianggarkan bernilai RM100 di dalam sebuah kabin bersebelahan tempat cuci kenderaan.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamin dan tetra hydrocannabinol (THC)."

"Suspek kini di tahan Balai Polis Cheras dan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Untuk rekod, IlmuBlogger difahamkan bahawa kumpulan rock terbabit ditubuhkan pada sekitar tahun 1994 yang mana telah dianggotai empat orang dan kali terakhir mengeluarkan album pada tahun 2014.

You Might Also Like:

SILAKAN LIKE: Anda disarankan tekan button LIKE dan FOLLOW page kami agar anda menjadi orang terawal mengetahui info-info terkini dan menarik secara percuma. Anda juga boleh menjadi ahli komuniti kami dengan menyertai GROUP TELEGRAM kami DI SINI
Lihat Komentar