Skip to main content
IlmuBlogger.Com

follow us

Isteri Dera Anak Dan Halau Suami Gara-Gara Jalin Hubungan Sonsang Dengan Kekasih 'Pengkid'

Kerana menjalinkan hubungan sonsang dan sejeni, wanita tersebut sanggup menghalau suami serta mendera 3 lagi anaknya.


Kecoh dilaman media sosial sehinggalah tular di media tempatan. Seorang kanak-kanak perempuan yang baru saja berumur 12 tahun telah membuat satu laporan polis terhadap ibunya.

Menurut remaja itu, beliau menyatakan bahawa ibunya sering mendera dirinya dan dua lagi adiknya sejak empat bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam laporan polis kanak-kanak itu telah mendedahkan suspek berusia 32 tahun itu juga turut menghalau suaminya dan membawa kekasihnya berusia 33 tahun tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu lepas.

Difahamkan juga suspek bila bergaduh dengan kekasihnya dan jika berasa tertekan beliau akan memukul tiga anaknya itu masing-masing berusia 12, 8 dan 4 tahun, dengan menggunakan tali pinggang.

Hasil pemeriksaan pihak hospital bagaimanapun tidak menemui sebarang kesan luka atau lebam pada badan tiga beradik itu.

Bertindak di atas laporan tersebut, polis telah menahan wanita itu bersama dengan pasangannya pada jam 3.40 petang Rabu di Butterworth dan Kepala Batas.

Kes tersebut telah pun disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Admin: Macam-macam hal sekarang isu ni yer. Apa pula komen anda?

You Might Also Like:

SILAKAN LIKE: Anda disarankan tekan button LIKE dan FOLLOW page kami agar anda menjadi orang terawal mengetahui info-info terkini dan menarik secara percuma. Anda juga boleh menjadi ahli komuniti kami dengan menyertai GROUP TELEGRAM kami DI SINI
Lihat Komentar