Skip to main content
IlmuBlogger.Com

follow us

Raja Permaisuri Agong Lebih Gemar Pakai Baju Kurung Biasa Dari Beli Barang Mewah


Selepas pertabalan yang dipertuan agung Malaysia yang baru beberapa hari yang lepas, Raja Permaisuri Agong Ke-16 menjadi tumpuan orang ramai terutama warga maya (netizen).

Terbaharu gaya fesyen Raja Permaisuri Agong telah mencuri tumpuan netzien. Umum ketahui bahawa fesyen dan kecantikan dalam kehidupan kaum wanita memang telah sinonim. Bak ibarat lagu dan irama, aur dan tebing yang sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Samada individu itu seorang yang suka bergaya mahupun berhias atau sebagainya. Pun begitu lain orang lain pula citarasanya dan caranya.

Kalau dilihat pada keterampilan Raja Permaisuri Agong Ke-16, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar yang sentiasa mencuri perhatian ramai itu, ramai tertanya-tanya apa sebenarnya gaya yang beliau minat.


Dalam beberapa video seperti contoh video di atas, Tunku Azizah berkongsi tentang cara baginda berfesyen dan menjaga kecantikan. Beliau juga menyatakan bahawa beliau gemar berbaju kurung.

Jikalau dikirakan bahawa beliau sebenarnya mampu untuk memiliki pakaian atau barangan daripada jenama terkemuka dan yang mewa-mewah, tapi baginda lebih gemar untuk bersederhana.

Personaliti beliau yang begiru bersahaja dan bersederhana yang dimiliki Tunku Azizah membuat ramai rakyat jelata berasa senang.

"Tudung bawal saya tidak ada la sampai RM80,000, RM50,000, baik saya beli rantai emas."

"Saya ada beg Gucci atau LV. Saya ada semua itu tetapi saya tidak pandai untuk terlalu berfesyen."

"Cukuplah round neck dan straight atau pun baju kurung,” kongsi Tunku Azizah tentang gaya fesyen baginda."

Tunku Azizah juga menjelaskan baginda banyak mendapatkan tip fesyen daripada pereka terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim.

Baginda menyatakan Rizalman sangat memahami fesyen yang sesuai dengan dirinya.

"Datuk Rizalman faham. Dia cakap less is the best, elegant dan saya sendiri suka pakai baju kurung Johor malah saya memang suka pakai baju kurung."

"Semenjak berkahwin dengan Tuanku, itulah fesyen saya. Mungkin gaya tudung saja yang ada perubahan."

Tunku Azizah sentiasa berada di samping suami tercinta Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 pada 30 Julai lalu.

"Pasal corak baju, saya suka yang kosong sahaja. Mungkin bosan pada orang lain tetapi itulah yang saya suka dan pakai semenjak berkahwin sampai sekarang. "

"Dulu saya suka pakai seluar jeans dengan kemeja T, tetapi sekarang sudah tidak sesuai. Kenalah ikut umur,” titah baginda memperincikan fesyen yang menjadi kegemarannya."

Dalam menjaga kecantikan wajah pula, baginda mengakui jarang bersolek namun masih menjaga kesihatan kulit wajah.

"Saya rasa, sayalah paling malas nak cuci muka. Cukuplah guna pencuci muka serta krim dan jarang pakai alat solek."

"Tuanku tidak suka saya pakai mekap. Jadi saya pun jarang bermekap tetapi saya ada pakai krim dan serum."

"Bila ambil gambar untuk fotografi pun saya mekap sendiri. Rizalman touch up saja. Dia cakap tak payah nak lebih-lebih sebab itulah wajah saya. Cukuplah natural look,” titah baginda yang baru sahaja menimang cucu ketiga pada 23 Julai lalu." - IlmuBlogger


Kredit Video : Youtube Utusan Online

You Might Also Like:

SILAKAN LIKE: Anda disarankan tekan button LIKE dan FOLLOW page kami agar anda menjadi orang terawal mengetahui info-info terkini dan menarik secara percuma. Anda juga boleh menjadi ahli komuniti kami dengan menyertai GROUP TELEGRAM kami DI SINI
Lihat Komentar