Skip to main content
IlmuBlogger.Com

follow us

Duit Punca Pergaduhan Di Masjid Kampung Tinusa Sandakan Sabah

Bertanya Tentang Isu Ketirisan Kewangan Masjid Punca Pergaduhan Di Masjid Kampung Tinusa Sandakan Sabah




02 August 2019 : Dalam video pendek di atas ini kelihatan sekumpulan lelaki bergaduh dalam dialek Sabah sebelum berlaku aksi tumbuk-menumbuk di ruang solat sebuah masjid dipercayai di berlaku di masjid sekitar Kg Tinusa 2 Di Sandakan, Sabah menjadi tular di Facebook hari ini.

IlmuBlogger difahamkan dalam kejadian yang berlaku itu, kelihatan jemaah ingin menunaikan solat Jumaat tapi lain pula jadinya.

Memetik perkongsian yang tular oleh laman fans page Info Viral itu, pergaduhan dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati sekumpulan jemaah yang pada mulanya bertanyakan mengenai kewangan masjid yang didakwa tidak telus.

Video berdurasi tiga minit 13 saat bermula dengan seorang lelaki berbaju Melayu berwarna hijau bertekak dengan seorang jemaah lain sebelum menerpa dan menumbuk muka jemaah terbabit.

Dan kejadian itu mula menjadi kecoh apabila sekumpulan jemaah lain turut serta dan menolak lelaki berbaju Melayu hijau itu sebelum dileraikan beberapa jemaah.

Kelihatan dan kedengaran sekumpulan jemaah meminta lelaki terbabit keluar dari masjid bagi dan menyelesaikannya diluar demi meredakan situasi dan keadaan dalam masjid tersebut.

Seorang lelaki dipercayai pengerusi masjid tampil dan meminta jemaah bertenang serta menghormati masjid.

"Minta jemaah bertenang, hormati masjid. Perkara ini sudah disampaikan kepada pengarah (jabatan agama)."

Sehingga artikel ini diterbitkan dilaman ini, lebih dari 1000 kongsian dan melebihi 100,000 orang tontonan pada video tersebut.

Di bawah ini juga kami sertakan tangkap layar beberapa komen daripada warga maya (netizen) yang rata-rata memaparkan kekecewaan kes sebegini sepatutnya tidak patut berlaku di rumah Allah (Tempat Beribadah untuk umat Islam).






Kami telah panjangkan (forward) kepada mereka yang berwajib untuk menyelesaikan masalah ini. Dan sebaik sahaja kami terima jawapan kami akan kemaskini (update) dari masa ke semasa. Sementara itu kami sarankan anda ikuti laman fans page kami agar memudahkan anda menjadi orang yang terawal mengikut info-info terbaru dan terkini.

UPDATE: (03/04/2019)
Pihak polis sudah pun mengambil keterangan kedua-dua pihak yang terbabit dalam pergaduhan termasuk aksi tumbuk-menumbuk di masjid di Kampung Tinusa, Batu 7, Sandakan, semalam, sehingga tular di laman sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada lelaki berusia 56 tahun yang juga bendahari masjid berkenaan.

"Kejadian berlaku pada 12.10 tengah hari ketika pengadu sedang membentangkan status kewangan terkini masjid itu kepada jemaah.

"Ketika membentangkan status kewangan masjid, seorang jemaah tidak berpuas hati dan mendakwa berlaku ketirisan pengurusan kewangan," katanya dalam satu kenyataan media di Sandakan, hari ini.

Mohd Hazmin berkata, ekoran daripada itu, berlaku pertengkaran mulut sehingga tercetus tumbuk-menumbuk membabitkan pengadu dan jemaah itu.

"Pergaduhan antara mereka berjaya dileraikan oleh jemaah masjid yang lain dan pengadu datang ke balai polis untuk membuat laporan.

"Keterangan kedua-dua pihak juga sudah diambil oleh polis.

"Bagaimanapun,kedua-dua individu terbabit bersetuju untuk berdamai dan rujuk perkara berkaitan masalah kewangan masjid kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan untuk penyelesaian yang lebih harmoni," katanya.

Terdahulu, tular di Facebook video berdurasi empat minit 22 saat memaparkan pergaduhan antara dua pihak sebelum dileraikan oleh jemaah masjid berkenaan.

You Might Also Like:

SILAKAN LIKE: Anda disarankan tekan button LIKE dan FOLLOW page kami agar anda menjadi orang terawal mengetahui info-info terkini dan menarik secara percuma. Anda juga boleh menjadi ahli komuniti kami dengan menyertai GROUP TELEGRAM kami DI SINI
Lihat Komentar