Skip to main content
IlmuBlogger.Com

follow us

Sofi Jikan Dipenjara 12 Bulan Kerana Dadah

Soffi Jikan Dijatuhkan Hukuman Penjara Selama 12 Bulan Dan 3 Tahun Pengawasan Dibawah AADK



Pelakon lelaki Malaysia bernama Sofi Jikan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada hari rabu.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman tersebut duatas pertuduhan menggunakan ganja sekitar tahun lalu.

Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan telah diarahkan menjalani hukuman tersebut oleh Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir hari ini juga.

Sofi Jikan yang berusia 49 tahun itu yang juga merupakan salah seorang pelakon dalam filem KL Gangster, dijatuhkan hukuman tersebut selepas pihak pembelaan didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes oleh pihak pendakwaan.

"Selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukakan pihak pembelaan, iaitu tertuduh sendiri secara bersumpah di dalam kandang saksi."

"Selain itu, mahkamah juga sudah melihat secara keseluruhan dan membaca hujahan pendakwaan dan pembelaan."

"Kamu, Mohamad Shoffi Jikan didapati bersalah dan dihukum penjara 12 bulan," kata Mohamad Ikhwan.

Sofi Jikan telah didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, jam 11.15 malam, 6 Februari tahun lalu.

Untuk kesalahan itu, Sofi Jikan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sofi Jikan telah diperintah untuk membela diri selepas mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kes itu pada 13 Mei lalu .

Sofi Jikan juga diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun selepas menjalani hukuman penjara 12 bulan tersebut.

Mahkamah telah memberi kebenaran kepada Sofi Jikan menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara peguam yang mewakili beliau, Datuk Haniff Hassan memfailkan rayuan.

Untuk rekod pendakwaan kes tersebut telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid.

You Might Also Like:

SILAKAN LIKE: Anda disarankan tekan button LIKE dan FOLLOW page kami agar anda menjadi orang terawal mengetahui info-info terkini dan menarik secara percuma. Anda juga boleh menjadi ahli komuniti kami dengan menyertai GROUP TELEGRAM kami DI SINI
Lihat Komentar