Skip to main content
IlmuBlogger.Com

follow us

Pelakon Belasah Bekas Tunang Kerana Ditegur Untuk Berhenti Lakukan Hubungan Sonsang

Seorang pelakon lelaki popular berusia 27 tahun ditahan polis hari ini selepas dipercayai membelasah bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya menghentikan hubungan songsang dengan kenalannya.


Pelakon lelaki yang berusia 27 tahun akhirnya menerima padah apabila ditahan polis hari ini selepas dipercayai telah membelasah bekas tunangnya.

Difahamkan tindakan penahanan tersebut dilakukan kerana mendapat laporan daripada wanita tersebut yang mendakwa suspek telah membelasah beliah setelah memintanya suspek untuk menghentikan hubungan songsang dengan kenalannya.

Menurut ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, dalam kejadian sekitar jam 9 pagi 26 Jun lalu pelakon itu dikatakan datang ke rumah bekas tunangnya yang juga seorang pelakon di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang.

"Wanita berusia 23 tahun mendakwa dipaksa masuk ke dalam kereta sebelum suspek terus maki menggunakan kata-kata kesat."

"Berdasarkan siasatan polis, pergaduhan itu berpunca daripada tindakan wanita berkenaan yang meminta suspek untuk tidak meneruskan hubungan songsang pelakon dengan kenalannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismadi berkata, suspek berang dengan permintaan wanita itu kemudian bertindak mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah.

"Wanita terbabit ada mengambil gambar, namun dipadam oleh suspek secara senyap. Mangsa dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, namun tiada kesan kecederaan kerana kejadian itu sudah lama berlaku."

"Menurut mangsa dia lambat membuat laporan kerana pada awalnya mahu menyelesaikan perkara itu secara baik, namun bekas tunangnya telah bertindak berlebihan," katanya.

Ismadi berkata, kedua-dua pelakon ini memutuskan pertunangan pada 21 Julai lalu.

"Suspek ditahan selepas datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk diambil keterangan, malam tadi. Hasil soal siasat dilakukan, suspek mengaku seperti yang didakwa mangsa. Selepas keterangannya diambil, suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

"Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan melakukan ugutan," katanya lagi.

You Might Also Like:

Oldest PostOldest Post
SILAKAN LIKE: Anda disarankan tekan button LIKE dan FOLLOW page kami agar anda menjadi orang terawal mengetahui info-info terkini dan menarik secara percuma. Anda juga boleh menjadi ahli komuniti kami dengan menyertai GROUP TELEGRAM kami DI SINI
Lihat Komentar