Skip to main content
IlmuBlogger.Com

follow us

Lelaki Pakai 'Gear Di Zakar' Diselamatkan Oleh Bomba

Lelaki Pakai 'Gear Di Zakar' Diselamatkan Oleh Bomba


Seorang lelaki melalui detik-detik cemas apabila beliau memakaikan 'gigi daun gear' (iaitu alat komponen enjin motosikal) pada zakarnya dal gagal untuk menanggalkannya.

Lelaki tersebut pada mulanya hanya datang ke Balai Bomba Sungai Durian di Kuala Krai, Kelantan, lebih kurang pada pukul tiga petang tadi namun dikejarkan ke Hospital Kuala Krai selepas itu.

Menurut ketua balai bomba itu iaitu Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin, menyatakan bahawa pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.14 petang berkenaan perkara tersebut.

Lelaki itu bagaimanapun telah berada di depan balai bomba tersebut.

Menurut beliau lagi, pemeriksaan awal oleh Ketua Operasi Mohd Razani Mamat bersama lima anggota bomba lain mendapati kemaluan lelaki yang berusia 34 tahun itu sudah membengkak akibat alat yang dipakainya tidak dapat ditanggalkan.

"Susulan itu, kami membawanya ke Hospital Kuala Krai."

"Seterusnya kita membuat size-up di lokasi serta mengarahkan pasukan operasi bertindak bersama pihak hospital untuk membuka 'daun gear' di kemaluan mangsa menggunakan peralatan L-Ring Cutter."

"Alhamdulillah operasi berjaya selepas mengambil masa selama lebih kurang 20 minit, alat itu dibuka dengan selamat," katanya memetik laporan media tempatan.

Beliau juga memberitahu bahawa mangsa adalah merupakan penduduk tempatan dan telah diberi rawatan lanjut di hospital itu.

You Might Also Like:

SILAKAN LIKE: Anda disarankan tekan button LIKE dan FOLLOW page kami agar anda menjadi orang terawal mengetahui info-info terkini dan menarik secara percuma. Anda juga boleh menjadi ahli komuniti kami dengan menyertai GROUP TELEGRAM kami DI SINI
Lihat Komentar